Kim Kardashian Dinasihati Buang Rahim



KIM Kardashian telah dinasihatkan oleh doktor supaya membuang rahimnya jika dia merancang untuk hamil sekali lagi.

Dalam satu sedutan episod Keeping Up With The Kardashians, Kim dilihat membuat panggilan kepada suaminya, Kanye West dan menyatakan dia perlu menjalani pembedahan histerektomi jika mahukan bayi baharu.

Kim mendedahkan mengenai perkara itu dalam program berkenaan selepas dia membuat pemeriksaan di sebuah hospital.

"Sekiranya saya mengandung lagi ia akan menjadi kehamilan terakhir kerana plasenta saya membesar di dalam rahim dan akan menyebabkan masalah.

"Ketika ini saya sedang menunggu doktor dan mereka akan memasukkan saya ke wad kerana berlaku pendarahan," katanya kepada Kanye.

Kim mengakui dia sedih sebaik sahaja mengetahui berita itu dan senario itu merupakan paling buruk pernah berlaku dalam hidupnya.

Bintang yang mempunyai anak perempuan berusia dua tahun itu berhasrat untuk mempunyai lebih ramai anak walaupun dia mengalami masalah pada sistem peranakannya.

"Sekarang tiada apa yang mampu diharapkan di dunia ini melainkan saya mampu hamil lagi," kata Kim seperti dilaporkan E Online.

0 Response to "Kim Kardashian Dinasihati Buang Rahim"

Post a Comment

Flag
    Counter
- CLOSE -