FARHANA (bukan nama sebenar) 17 tahun, adalah seorang gadis ceria yang mempunyai ramai kawan kerana sikapnya yang peramah dan mudah mesra, tambahan dia merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga
.
Dibesarkan bersama-sama abang dan adik oleh ayahnya sejak kematian ibu mereka 10 tahun lalu, menjadikan Farhana seorang remaja yang berdikari.
Setiap kali cuti sekolah menjelma dia akan mengisi masa lapangnya dengan bekerja di kedai berdekatan kampungnya untuk mencari duit poket.
Saat penulis bersua muka dengannya, hanya senyuman dilemparkan walaupun di ruang matanya terselit seribu kesedihan tambahan tubuhnya yang kecil ketika itu tidak menampakkan usia sebenar kandungan yang mula mencecah tujuh bulan ketika itu.
Tragedi hitam dinodai oleh jiran ketika lewat malam di rumah terletak berdekatan kawasan pedalaman di Pahang pada tahun lepas tidak mungkin luput dari ingatan gadis ini walaupun ia cuba dipadam sehingga hari ini.
Imbas Farhana dirinya tidak menyangka jiran yang selama ini dianggap seperti abang sendiri sanggup merogolnya hanya kerana dia tidak melayan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan permintaan Azman untuk menjalinkan hubungan yang serius.
Azman (bukan nama sebenar) sudah berkahwin dan hanya jarak tiga buah rumah memisahkan rumah mereka.
Lelaki berusia pertengahan 20-an itu merupakan kawan abang Farhana dan sering berkunjung ke rumahnya. Tetapi hubungan mereka tidak rapat kerana Azman bukanlah seorang lelaki yang baik dan segala keperluan hidup ditanggung oleh isterinya.
“Malam itu, ketika saya sedang mendengar radio berseorangan di dalam bilik tiba-tiba terasa mulut dicekup dengan kuat dari arah belakang.
” Walaupun saya cuba menjerit tetapi tidak berdaya kerana tiada kudrat untuk melawan tambahan bilik saya terletak di ruang belakang rumah.
“Tambahan ketika itu juga Ayah dan adik sedang asyik menonton televisyen dan tidak mendengar jeritan saya kerana kebiasaan tabiat saya suka memasang radio dengan kuat.
“Selepas kejadian itu, saya masih seperti biasa dan tidak memberitahu ayah bahawa saya dirogol kerana malu dan takut dimarahi,” katanya.
Dalam tempoh tersebut juga Farhana tidak sedar bahawa diri sudah mengandung selama empat bulan kerana kitaran haidnya yang tidak menentu sebelum ini.
“Saya hanya mengetahuinya selepas membuat pemeriksaan sendiri menggunakan kit ujian mengandung yang dibeli di farmasi,” ujarnya.
Ujar Farhana, setelah disahkan mengandung, pelbagai cara dilakukan untuk menggugurkan kandungan kerana tidak sanggup menanggung perasaan malu apatah lagi kandungannya semakin membesar.
“Saya mencari sendiri maklumat di Internet cara-cara untuk menggugurkan kandungan sehingga saya berjaya menghubungi seorang doktor.
“Doktor tersebut mempunyai kemahiran menggugurkan kandungan menggunakan mesin, tetapi saya berasa hampa kerana kandungan tidak boleh digugurkan disebabkan bayi sudah membesar dan cukup sifat.
“Ketika itu juga, saya masih pergi ke sekolah dan berjumpa dengan kawan-kawan seperti biasa. Walaupun usia kandungan semakin bertambah perut masih belum nampak perubahan ketara. Apabila memikirkan kandungan yang semakin membesar, akhirnya Farhana bertindak berani memberitahu ayahnya perkara tersebut.
“Pada permulaan mereka tidak dapat menerima berita itu. Akibatnya saya dipukul kerana disyaki dengan rela hati melakukan perkara terkutuk tersebut sehingga mengandung.
“Selepas mengetahui saya mengandung, kawan-kawan dan keluarga cuba menjauhkan diri dan menyebabkan saya rasa tertekan.
“Kerana ingin menutup malu dan melindungi saya, ayah telah memohon daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) untuk menempatkan saya di rumah perlindungan sehingga saya selamat melahirkan anak.
“Selepas tinggal di Rumah Perlindungan Taman Seri Puteri Cheras, saya rasa lebih selesa dan tenang kerana semua kawan-kawan yang ada di sini senasib dengan saya ditambah terdapat pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan untuk kami di sini,” katanya
0 Response to "Farhana Dirogol Jiran Durjana"
Post a Comment