Mengikut pakar motivasi, Dr.Tuah Iskandar al-Haj, terdapat beberapa sebab kenapa lelaki memilih untuk membujang. Antaranya :
1. Memang tiada nafsu pada wanita
2. Ada pengalaman pahit dalam bercinta. Mungkin ditinggalkan kekasih
3. Dilahirkan dalam keluarga porak peranda atau pernah melihat kekejaman ayah terhadap ibunya
4. Terlalu mencintai seseorang dan apabila cinta tidak kesampaian, terus hilang selera untuk berkahwin
5. Takut tidak bahagia apabila berkahwin nanti
6. Tidak mempercayai golongan wanita
7.Merasakan diri bebas dan selesa hidup seorang diri
8.Terlalu sibuk dengan pelajaran atau kerjaya
9. Takut tidak boleh perform sebagai suami dan takut mendapat anak cacat atau tidak cemerlang sebagaimana dirinya
10. Menulah pihak lain. Misalnya sebab engkau tidak kahwin dengan aku, sampai bila-bila aku tak kahwin.Padan muka engkau ( sepatutnya padan muka aku!)
11. Tidak mempunyai kewangan yang kukuh & disebabkan bajet untuk kahwin masa kini yang semakin tinggi. ( bajet tinggi kalau kahwin ikut budaya, "cth : bersanding")
12. Terlalu banyak tanggungan seperti menyara perbelanjaan adik, kakak, atau keluarga.
Namun sabda Rasulullah SAW,
Tidak ada Rahbaniah di dalam Islam (iaitu hidup membujang sampai ke akhir hayat )
Lihatlah berapa ramai lelaki yang tidak sempurna tetapi setelah berkahwin, menjadi orang yang berjaya. Sebab itu jugalah wanita penting untuk lelaki.
0 Response to "10 Sebab Utama Lelaki Memilih Untuk Membujang. Nombor #13 tu Ramai Yang Setuju !!!"
Post a Comment