Kisah Sadis Pelakon Remaja Dirogol Bapa Tiri



Ini adalah berita yang sangat tidak ingin kita semua dengar. Apatah lagi ianya berlaku kepada pelakon remaja yang sangat kita kenali. Ianya pula dilakukan oleh orang yang sepatutnya menjadi pelindung dan pendokong. Kejadian sebegini memang amat mendukacitakan sama sekali. Geram bila mendengar kisah sebegini.

Harian Metro hari ini melaporkan seorang pelakon remaja yang pernah membintangi beberapa drama bersiri yang disiarkan stesen televisyen berbayar disyaki menjadi mangsa rogol bapa tirinya sejak lelaki berkenaan mengahwini ibunya 10 tahun lalu. Memang tidak boleh dimaafkan langsung jika benar semua ini berlaku. Kisah Sadis Pelakon Remaja Dirogol Bapa Tiri.

Menurut sumber, ibu mangsa tampil membuat laporan polis selepas anak perempuannya itu mengadu dipaksa memenuhi nafsu buat bapa tirinya setiapa kali ditinggalkan sendirian di rumah. Katanya, gadis itu menjadi mangsa cabul lelaki berusia 50-an itu sejak berusia tujuh tahun lagi selepas mereka tinggal di Johor Bahru dan suspek semakin berani melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa sehingga merogol remaja berkenaan ketika mangsa berusia 12 tahun. Kisah Sadis Pelakon Remaja Dirogol Bapa Tiri.

Sementara itu, Ketua Jabaran Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Adnan Abdullah ketika dihubungi akhbar berkenaan mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan menyatakan bapa tiri remaja berkenaan ditahan Jumaat lalu di Ampang. Suspek ditahan susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa dan kini direman hingga Khamis ini bagi membantu siasatan. Kisah Sadis Pelakon Remaja Dirogol Bapa Tiri.

Memang malang dan sedih bila terbaca kisah sebegini. Ke mana agaknya hilang sifat insan dan ihsan seorang lelaki yang dipanggil ayah sehingga sanggup melakukan perkara sebegini. Anak tiri atau anak sendiri tetap menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi dan mempertahankan mereka. Bukan menjadi tempat pemuas nafsu serakah ikutan syaitan.

0 Response to "Kisah Sadis Pelakon Remaja Dirogol Bapa Tiri"

Post a Comment

Flag
    Counter
- CLOSE -