Kanye West Kongsi Gambar Separuh Bogel Isterinya Di Twitter



Keluarga selebriti terkenal di Hollywood, ‘The Kardashians’ tentunya teruja dengan siri televisyen popular mereka ‘Keeping Up With The Kardashians’ yang kini sudah masuk musim yang ke-10.

Namun, tiada siapa yang dilihat lebih teruja daripada suami salah seorang keluarga Kardashians itu, Kanye West yang sangat gembira dengan isterinya, Kim Kardashians, dengan berkongsi gambar separuh bogelnya di laman sosial twitternya.

Penyanyi rap yang terkenal dengan lagu ‘Heartless’ itu memuat naik beberapa keping gambar tersebut untuk menzahirkan betapa bertuahnya dia kerana memiliki Kim.

Disamping itu, Kanye yang kini popular dengan lagunya bersama Rihanna, turut mengucapkan tahniah kepada isterinya kerana mencapai jumlah pengikut seramai 30 juta di twitter semalam.

Masih menggunakan gambar bogel isterinya, dia juga ucap tahniah di atas premier program televisyen mereka yang ke udara semalam.

Kim Kardashians, ibu kepada North West, anak perempuan hasil perkahwinannya dengan Kanye, sebelum ini mempunyai isu tentang meniru gaya penyanyi pop Serbia turut memberi respon kepada ‘tweet’ suaminya itu.


Walau bagaimanapun, Kanye dilihat terus memuat naik beberapa keping gambar isterinya dengan perkataan ‘Swish.’

Kami anggarkan dia terlalu gembira dengan gambar isterinya itu yang membuat sesi fotografi tersebut sebagai kenangan sebelum dia hamil buat kali kedua!

Sumber : MyNewsHub




0 Response to "Kanye West Kongsi Gambar Separuh Bogel Isterinya Di Twitter"

Post a Comment

Flag
    Counter
- CLOSE -